Tarikh  : 17 APRIL 2021
Masa   : 3.00 ptg – 5.00 ptg
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 1 Orang 

Tujuan :

            • Kelas ini diadakan untuk mahasiswa bagi memberi pengenalan kepada pelajar tentang fungsi MS Office Word yang juga mampu menghasilkan sebuah resume dengan penuh kreatif. Kelas ini juga bertujuan memberi pendedahan bagaimana membuat resume dengan MS Office Word. Petugas berkongsi ilmu serta memberi tunjuk ajar bagaimana membuat resume dengan merujuk dan menggunakan contoh daripada internet juga beberapa video tutorial daripada youtube yang lebih jelas cara pengajarannya. Selain itu dapat meluaskan dan melahirkan pelajar yang celik IT.
        • Pelajar sekolah akan lebih kreatif dan berminat menggunakan MS Word untuk membuat resume dan lain-lain

        Aktiviti :
        • Antara aktiviti yang dilakukan adalah membuat penyediaan modul tentang MS Word. Selain itu,  membuat resume dengan MS Word mengikut design contoh daripada internet dan kreativiti para pelajar. Memberi pengajaran mengenai setiap fungsi-fungsi dalam MS Word kemudian menyediakan contoh resume hasil daripada MS Word. Petugas membuat resume contoh dan diikuti pelajar. Akhir kelas mempunyai sesi bimbingan dan soal jawab serta menggalakkan individu jika lebih 18 tahun ke atas untuk mendaftar Vaksin & Advokasi Berita Palsu.

Gambar Disini