Tarikh  : 17 APRIL 2021
Masa   : 3.00 ptg – 5.00 ptg
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 1 Orang 

Tujuan :

            • Kelas ini diadakan untuk mahasiswa bagi memberi pengenalan kepada pelajar tentang fungsi MS Office Word yang juga mampu menghasilkan sebuah resume dengan penuh kreatif. Kelas ini juga bertujuan memberi pendedahan bagaimana membuat resume dengan MS Office Word. Petugas berkongsi ilmu serta memberi tunjuk ajar bagaimana membuat resume dengan merujuk dan menggunakan contoh daripada internet juga beberapa video tutorial daripada youtube yang lebih jelas cara pengajarannya. Selain itu dapat meluaskan dan melahirkan pelajar yang celik IT.
        • Pelajar sekolah akan lebih kreatif dan berminat menggunakan MS Word untuk membuat resume dan lain-lain

        Aktiviti :
        • Antara aktiviti yang dilakukan adalah membuat penyediaan modul tentang MS Word. Selain itu,  membuat resume dengan MS Word mengikut design contoh daripada internet dan kreativiti para pelajar. Memberi pengajaran mengenai setiap fungsi-fungsi dalam MS Word kemudian menyediakan contoh resume hasil daripada MS Word. Petugas membuat resume contoh dan diikuti pelajar. Akhir kelas mempunyai sesi bimbingan dan soal jawab serta menggalakkan individu jika lebih 18 tahun ke atas untuk mendaftar Vaksin & Advokasi Berita Palsu.

Gambar Disini

Tarikh  : 22 MAC 2021
Masa   : 2.00 Petang - 6.00 Petang
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 7 Orang 

 

Tujuan :

          • Asas ICT : Pengenalan kepada Internet (Website). Kelas Panduan Permohonan Matrikulasi dan UPU (Aliran Sains). Ia merupakan satu kelas oleh kumpulan sukarelawan pendidikan bagi membantu lepasan SPM untuk mengisi borang UPU secara online. Ia juga bagi menggalakkan pelajar membuat urusan akademik dan kerjaya di PI kerana servis tempat diberikan secara percuma. Ia juga menambah minat pelajar untuk belajar di Pusat Internet. Pelajar dapat membuat permohonan UPU dengan betul dan memenuhi kelayakan masing-masing. Pelajar juga dapat memilih kursus yang sesuai. Apabila kelas ini kerap diadakan di PI, Pelajar akan berminat menggunakan perkhidmatan di PI. Semasa kelas, taklimat diadakan oleh petugas PIK. Demo permohonan UPU diberikan serta menunjukkan proses kemasukan data pelajar ke UPU dibimbing bersama petugas PIK.


      • Aktiviti :

         

      • > Taklimat oleh moderator dan petugas PIK. 

      • > Demo permohonan UPU. 

      • > Proses kemasukan data pelajar ke UPU dibimbing bersama petugas PIK. 

      • > Sesi soal-jawab. 

      • > Tayangan video KDB. 

      • > Kempen E-Waste.


Gambar Disini

Tarikh  : 26 FEBRUARI 2021
Masa   : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 1 Orang 

 

Tujuan :

        • Kelas asas membuat video adalah bagi membantu para usahawan untuk celik IT terhadapa cara pemasaran dari segi video dengan mudah. Ia juga memberi galakkan usahawan mencipta video produk dengan sendiri. Selain itu bagi menampakkan fungsi PI dalam membantu usahawan tempatan, menggalakkan usahawan belajar di Pusat Internet tanpa dikenakan sebarang bayaran. Ia juga bagi menggalakkan usahawan-usahawan lain berminat untuk belajar di Pusat Internet. Ia juga dapat melahirkan usahawan yang celik IT. Usahawan tahu akan kepentingan video produk sebagai tujuan promosi. Menggalakkan usahawan memasukkan produk dalam MyShop.
      • Aktiviti :
          • > Memberi contoh jenis video promosi produk daripada Youtube dan usahawan sebelum ini.
          > Membimbing usahawan bagaimana untuk membuat rakaman, suntingan dan penghasilan video.
          • > Penyediaan bahan pengajaran modul oleh pengajar menggunakan aplikasi CapCut.
          • > Pengumpulan media, video dan suara latar, serta penghasilan video.
          > Sesi soal-jawab dan bertukar idea.
        • > Kempen E-Waste.

 

Gambar Disini

Tarikh  : 13 MAC 2021
Masa   : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 6 Orang 

Tujuan :

          • Media : Latihan Media Baru (Facebook Live). Seminar Online Sempena Hari WanIta Sedunia bersama Institut Dato’ Onn (IDO) Johor. Ia bertujuan bagi menggalakkan pelajar sekolah menengah menyertai persidangan video secara FB Live. Menggalakkan pelajar dapat berkomunikasi melalui media sosial serta mampu menarik minat pelajar untuk belajar pelbagai aktiviti menarik di PIK. Selain itu, memberi kebaikan facebook dalam hubungan sosial. Petugas PIK telah memberi tunjuk ajar cara penggunaan fb live serta membimbing membuat akaun facebook dengan betul bg mana yang belum ada. Pelajar dapat menggunakan facebook dengan betul. Komuniti dapat berkomunikasi dengan berkesan dan pelajar berminat untuk datang belajar di PIK.


      • Aktiviti :

            • > Memberi info dan galakkan untuk menggunakan facebook
            • > Memasang app facebook dan mendaftar akaun facebook bagi yang belum ada
            • > Membuka FB Live Seminar Wanita untuk tontonan para pelajar
            • > Sesi soal jawab
              • > Tayangan video Advokasi KDB dan bahaya scam


Gambar Disini

Tarikh  : 25 FEBRUARI 2021
Masa   : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 5 Orang 

 

Tujuan :

        • Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membimbing pelajar sekolah menengah membuat posting aktiviti Rakan Muda ke dalam Facebook masing-masing agar setiap aktiviti mereka menjadi manfaat untuk mereka merekod. Ia juga menggalakkan remaja memberi sumbangan kepada masyarakat.
        • Selain itu, kelas ini juga mampu menambah minat para pelajar untuk belajar dengan seronok di Pusat Internet di samping melahirkan pelajar yang celik IT. Pelajar sekolah juga lebih kreatif dan berminat menggunakan komputer untuk belajar dan menjadikan remaja bersemangat untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.


      • Aktiviti :

          • Antara aktivti yang dilakukan adalah membuat penyediaan modul oleh petugas PI agar kelas yang dijalankan berjalan lancar dan penyampaian kelas lebih jelas. Kelas dimulakan dengan taklimat program kemasyarakatan anjuran Kementerian Belia & Sukan yang di laksanakan oleh persatuan Belia G2 Pemanis. Selain itu terdapat tayangan video dan persembahan slide. Mereka juga mempunyai sesi menjawab soalan kuiz dan perbincangan soalan. Kelas lebih seronok dengan menggunakan kaedah soal jawab. Kelas diakhiri dengan input tentang Kempen Advokasi dan galakkan kempen E-Waste dalam kalangan masyarakat.

Gambar Disini