Tarikh  : 24 FEBRUARI 2021
Masa   : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 5 Orang 

 

Tujuan :

        • Kelas asas berkaitan fotografi kini lebih menjadi perhatian daripada remaja. Zaman mereka yang penuh dengan gadget dan digital membuatkan mereka lebih kreatif dan berbakat dengan dunia fotografi. Kelas ini disampaikan oleh guru Sekolah Menengah Kebangsaan Pemanis dimana beliau merupakan guru ICT dan Seni di sekolah itu. Kelas ini juga diadakan bagi menggalakkan pelajar berkemahiran menggunakan kamera telefon dan camera DSLR serta membina bakat fotografi. Kelas-kelas menarik sebegini juga dapat menambah minat para pelajar untuk belajar perkakas ICT di Pusat Internet agar pengetahuan mereka dapat dikembangkan lagi. Ia juga dapat melahirkan pelajar berkemahiran fotografi dan multimedia. Tujuan PI dapat dicapai apabila pelajar berminat untuk belajar di Pusat Internet.
      • Aktiviti :
          • Sebelum kelas diadakan, petugas akan membuat modul pembelajaran fotografi yang sesuai. Setelah itu baru petugas akan melaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran. Petugas juga menggunakan kaedah latihan amali. Sesi pengajaran tentang asas seni fotografi. Latihan amali dan praktikal menggunakan kamera telefon bimbit peserta di dalam dan luar PIK. Kelas diakhiri dengan sesi soal-jawab dan tayangan video KDB.

Gambar Disini

Tarikh  : 21 FEBRUARI 2021
Masa   : 9.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 1 Orang 

 

Tujuan :

        • Tujuan kelas ini adalah bagi memberi panduan membuat persidangan video dengan Google Meet serta menggalakkan pelajar IPT menggunakan peralatan dan aplikasi video dengan betul dan berhemah. Ia juga bagi menambah minat para pelajar untuk belajar ICT di Pusat Internet agar dapat melahirkan komuniti yang celik IT. Selain itu, pelajar tahu membuat siding video dengan sendiri secara berhemah.  Akhirnya pelajar akan kerap ke PI kerana pelajar berminat untuk belajar dan bermain kuiz di Pusat Internet.
      • Aktiviti :
          • Aktiviti yang dijalankan termasuk membuat modul perisian/kaedah yang sesuai, menyediakan kondisi dan memasang perkakas yang sesuai, membuat kaedah dan demo sebelum sesi interview sebenar, membuat modul perisian/kaedah yang sesuai, ,embuat kaedah dan demo sebelum sesi interview sebenar, sesi soal-jawab. Kelas diakhiri dengan sesi evaluasi dan tayangan video KDB.

Gambar Disini

Tarikh  : 25 Januari 2021 
Masa   : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 5 Orang 

Tujuan :

        • Tutorial dan panduan untuk mengisi Bantuan Prihatan Rakyat secara atas talian adalah bagi tujuan menggalakkan semua komuniti mampu mengisi borang Bantuan Prihatin secara Online sendiri dan tidak kira dimana mereka berada. Berikutan pandemik Covid-19 yang masih melanda dan menjejaskan ekonomi dan nyawa rakyat ketika ini. Kita menggalakkan orang ramai untuk tidak berpusu ke LHDN ditempat masing-masing agar rantai Covid-19 dapat diputuskan bersesuaian #KitaJagaKita dan #KitaMestiMenang. Selain itu juga tutorial ini mampu mempromosikan Page FB Pusat Internet. Tutorial ini juga bertujuan memberi bimbingan kaedah mengisi borang online dengan betul. Ia juga dapat menambah minat dan kesedaran komuniti untuk belajar ICT agar dapat melahirkan komuniti yang celik IT sesuai dengan tujuan penubuhan Pusat Internet Komuniti adalah untuk membimbing komuniti dengan betul dan berhemah menggunakan website online. Juga menggalakkan minat pelajar untuk belajar ilmu ICT di masa mendatang.
      • Aktiviti :
          • Antara aktiviti yang dilakukan untuk menghasilkan tutotial ini adalah membuat penyediaan tatacara mengisi borang BPR secara dalam talian, memberi tunjuk ajar dan langkah-langkah mengisi borang secara online, menggalakkan penonton datang ke Pusat Internet jika berminat untuk belajar di lain masa, menerangkan fungsi website Bantuan Prihatin Rakyat terbaru, membimbing kaedah mengisi borang secara online, menggalakkan komuniti datang ke PIK jika tidak boleh membuat sendiri, Kempen E-Waste dan galakan penggunaan Dashboard MyKomuniti.

Gambar Disini

Tarikh  : 29 Januari 2021 
Masa   : 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 4 Orang 

 

Tujuan :

        • Tutorial online ini dibuat bertujuan mengenal komputer dan bagaimana ia berfungsi agar dapat memberi pendedahan perkembangan dan evolusi komputer kepada pelajar dalam menambah minat para pelajar untuk belajar ICT. Ia juga salah satu usaha untuk melahirkan pelajar yang celik IT agar dapat menyediakan pelajar sekolah yang mampu menggunakan ICT dengan betul dan berhemah. Selain itu, menggalakkan minat pelajar untuk belajar ilmu ICT di masa mendatang, menerangkan sejarah perkembangan computer sejak perang dunia ke-dua, memberi kepentingan computer dalam kehidupan seharian serta menghuraikan setiap fungsi peralatan komputer.
      • Aktiviti :
          • Antara aktiviti ialah membuat penyediaan modul berkenaan peralatan komputer, video dan slide. Memberi pengajaran tentang computer dan kepentingan dalam kehidupan pelajar. Membuat aktiviti sampingan Kempen E-Waste serta galakan penggunaan Dashboard MyKomuniti.
                     

Gambar Disini

Tarikh  : 17 Disember 2020 
Masa   : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 1 Orang 

Tujuan :

      • Kelas Latihan Keusahawan sering diadakan di Pusat Internet Komuniti Felda Pemanis 2 dan kali ini bersama seorang anak muda bernama Akmal Asyraf Bin Ab Jamal. Ia bagi menggalakkan usahawan tempatan datang ke pusat internet kerana tenaga pengajar daripada PIK dapat memberi ilmu ICT kepada usahawan untuk mengisi kewajipan Borang cukai LHDN secara online serta melahirkan usahawan yang celik IT. Ia amat berfaedah untuk usahawan kerana usahawan dapat menggunakan web LHDN untuk mengisi borang cukai tanpa perlu ke pejabat LHDN lebih-lebih lagi atas sebab pematuhan SOP yang ketat pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Usahawan berminat untuk datang belajar di Pusat Internet selalu kerana pengajar memberi pengajaran mengenai setiap fungsi-fungsi dalam website LHDN, menunjukkan panduan kaedah pengisian borang dari portal lain serta memberi pendedahan bagaimana mengisi boring e-Filing. Selain itu terdapat aktiviti samping iaitu sesi bimbingan dan soal jawab, pengisian mengenai Advokasi KDB, dan mengalakkan menggunakan Dashboard MyShopdalam menjalankan kerja-kerja pemasaran dan keusahawan demi perniagaan mereka.
      • Aktiviti :
        • - Membuat penyediaan modul tentang fungsi dan kepentingan website LHDN
        - Membuat pendaftaran dan pengisian boring e-Filing secara online dalam portal LHDN

Gambar Disini