Tarikh  : 19 September 2020 
Masa   : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 20 Orang 

 

Tujuan :

  • Kelas ini diadakan bagi membimbing bagaimana melayari internet dan membuat survey online bersama warga emas komuniti serta dapat menggalakkan warga emas mampu menggunakan pelayar internet dengan baik disamping dapat menarik warga emas agar sentiasa datang belajar di Pusat Internet.
  • selain itu , dapat melahirkan warga emas yang celik IT,dan Warga emas lebih kenal dan berminat menggunakan peralatan ICT secara berhemah.

Aktiviti :

  • Membuat penyediaan modul survey dan kaedah penggunaan Browser dengan baik.
  • Mengajar cara membuka dan menaip dalam browser Chrome.

Membantu mengklik pilihan dan pautan serta membuat semakan dalam survey.

Gambar Disini

  • Tarikh  : 25 September 2020
    Masa   : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
    Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
    Peserta  : 7 Orang 
  • Tujuan :
  • Kelas ini diadakan bagi memberi pengenalan kepada pelajar tentang fungsi MS Office Word, 
  • memberi pendedahan bagaimana membuat biodata dengan MS Office Word serta menggalakkan pelajar sekolah berminat belajar di Pusat Internet.
    • Melahirkan pelajar sekolah yang celik IT. Pelajar dapat menggunakan MS Word untuk membuat biodata dan kerja sekolah serta menggalakkan

    pelajar berminat untuk datang belajar di Pusat Internet

 

  • Aktiviti :
  • Kelas disediakan dengann modul tentang fungsi dan kepentingan MS Word bagi mengajar cara-cara
  • membuat biodata dengan MS Word mengikut design contoh daripada internet dan kreativiti para pelajar.

Memberi pengajaran mengenai setiap fungsi-fungsi dalam MS Word. Menyediakan contoh biodata daripada internet. Memberi pendedahan bagaimana membuat biodata dengan MS Office Word. 

[Gambar Disini]

 

 

 

Tarikh  : 3 September 2020 
Masa   : 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 36 Orang 

Tujuan :

Majlis ini diadakan khas untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi Pertandingan Video Kraftangan Bertemakan Kemerdekaan Tahun 2020. Juga diraikan para peserta bengkel poster Pusat  Internet serta hadiah saguhati turut diberi kepada kesemua peserta pertandingan video.

Aktiviti :

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan sedikit ucapan daripada Pengurus Pusat Internet Felda Pemanis 2. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian Ketua Peneroka Felda Pemanis 2 , En. Abdul Hamid bin Dahlan. Seterusnya acara penyampaian hadiah untuk pertandingan video kraftangan yang bertemakan kemerdekaan 2020 oleh En.Abdul Hamid diiringi Pengurus Pusat Internet Pemanis 2 , En. Azuwan bin Abd. Aziz. Turut diraikan peserta poster terbaik untuk bengkel poster serta hadiah saguhati untuk kesemua yang menyertai pertandingan yang diadakan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan untuk para tetamu.

Gambar Disini 

Tarikh  : 28 Ogos 2020 
Masa   : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 1 Orang 

Tujuan :

Program ini mengenalkan platform membuat video asas menggunakan Apps Wondershare Filmora.

Aktiviti :

Peserta didedahkan tentang penggunaan aplikasi membuat video Wondershare Filmora. Peserta dikenalkan dengan setiap fungsi-fungsi yang ada di dalam aplikasi. Juga didedahkan dengan teknik membuat video kreatif walaupun singkat. 

Modul untuk kelas ini adalah menggunakan video tutorial di youtube. Video yang dihasilkan diakhir kelas adalah tentang video montaj diri peserta. Video tersebut akan dimuatnaik di laman media sosial individu peserta. Peserta juga diberi kelas asas membuat video kerana dapat memperkenalkan dan menmbah siftskills peserta dengan beberapa kemahiran yang sedang popular pada masa kini sebagai belia dan anak muda yang cakna dengan persekitaran dan isu semasa.

 

Gambar disini

Tarikh  : 22 Ogos 2020 & 29  Ogos 2020 
Masa   : 10.00 pagi - 12.00 tengahari , 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 20 Orang 

Tujuan :

Bengkel ini diadakan sebanyak 2 sesi iaitu untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Bengkel ini bertujuan bagi mendedahkan penggunaan Adobe Photoshop / Illustrator apps kepada peserta dalam menghasilkan sebuah poster digital dan menggalakkan mereka menambah pengetahuan tentang IT. Menggalakkan pelajar sekolah rendah menyertai pertandingan Poster Pusat Internet. Menjadikan pelajar yang kreatif untuk membuat asas lukisan dan suntingan gambar dengan Adobe Photoshop & Illustrator. Menggalakkan pelajar datang ke Pusat Internet dan berminat untuk belajar.

Aktiviti :

Memberikan taklimat mengenai pertandingan. Memberi contoh-contoh poster berkualiti sebagai sumber ilham. Memberi contoh dan tunjuk ajar bagaimana menggunakan Adobe Photoshop/Illustrator. 

Pelajar sekolah berminat dan kreatif untuk membuat poster dan suntingan gambar dengan Adobe aktiviti Photoshop/Illustrator. Pelajar lebih bijak lagi kreatif dengan idea-idea baru. Pelajar berminat untuk sentiasa datang belajar di Pusat Internet. Memberi pengajaran mengenai setiap fungsi-fungsi
dalam Adobe Photoshop & Illustrator. Menyediakan contoh poster hasil daripada Adobe Photoshop/Illustrator. Membuat poster diikuti peserta. Sesi bimbingan dan soal jawab. 

Gambar Disini