Jangan keliru antara berkongsi pandangan atau dengan menyebarkan penipuan
#klikdenganbijak
#FreedomOfSpeechNotFreedomToLie
#MCMC
 

      

Tarikh  : 19 Januari 2020 
Masa   : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 6 Orang 

Tujuan :

Program ini mengenalkan platform perniagaan atas talian 'Shopee' untuk para usahawan meluaskan lagi cara pemasaran produk mereka.

Aktiviti :

Peserta didedahkan tentang penggunaan aplikasi shopee kepada Pelajar Kolej/Universiti, Lepasan Kolej/Universiti, Belia. Menggalakkan peserta menggunakan platform shopee untuk perniagaan secara online. Memberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan aplikasi shopee dalam perniagaan. Memupuk minat peserta untuk datang ke Pusat Internet. 

Membuat modul dan panduan untuk mencipta akaun di shopee sebagai penjual. Memberi tunjuk ajar kepada peserta bagaimana untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan daripada aplikasi shopee. Menggalakkan peserta menggunakan aplikasi shopee untuk perniagaan secara atas talian.

Melahirkan usahawan digital  yang celik IT. Menambah kemahiran usahawan. Melebarkan cara usahawan dalam menentukan sasaran pemasaran jualan. Peserta lebih berminat untuk melibatkan diri dengan PI. Peserta mampu melakukan pemasaran dengan sendiri di rumah.

 

Gambar Disini 

Tarikh  : 21 Febuari 2020 
Masa  : 10.00 - 11.00 pg
Tempat  : PI Felda Pemanis 2
Peserta  : 1 Orang

 

Tujuan :

Program ini membantu peserta untuk memuat naik gambar produk ke laman Dashboard Komuniti.

Aktiviti :

Peserta diberi tunjuk ajar bagaimana untuk memuat naik gambar-gambar produk beliau ke laman Dashboard Komuniti. Peserta juga diberikan pendedahan bagaimana untuk mengambil tempahan secara dalam talian. 

Pelaksanaan utama adalah dengan memperkenalkan cara pembelajaran secara atas talian. Dengan menggunakan teknologi masa kini, Peserta juga didedahkan dengan penggunaan komputer seperti saranan SKMM, membantu komuniti celik IT serta KDB (Klik Dengan Bijak).

Gambar disini 

Tarikh  : 05 JULAI 2020 
Masa  : 10.00 pg - 12.00 tengahari
Tempat  : PI Felda Pemanis 2
Peserta  : 3 Orang

 

 

Tujuan :

Program ini mendedahkan cara membuat poster secara grafik kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dan menggalakkan pelajar mampu menggunakan grafik dalam menghasilkan poster.

Aktiviti :

  • Membuat penyediaan modul tentang grafik. Kelas ini menggunakan aplikasi online ‘Canva.com’. Mendedahkan peserta dengan fasiliti aplikasi online yang boleh digunakan secara percuma. Kelas ini dapat menarik minat peserta terhadap rekaan grafik dan memberi pengajaran mengenai setiap fungsi-fungsi butang dalam aplikasi web. Menggalakkan penggunaan warna, design dan font yang sesuai dalam rekaan grafik.

 

Pelajar sekolah juga dapat nilai tambah dalam ilmu multimedia dengan mencipta poster sesuai dengan keadaan semasa tentang Cegah Covid-19. Aktiviti ini juga  dapat menambah kesedaran pelajar sekolah tentang isu semasa dan turut serta dalam langkah-langkah pencegahan Covid-19. Ilmu grafik kini bukan sahaja tertumpu untuk pengetahuan orang dewasa malahan untuk pelajar sekolah juga. Dan ia dapat mengasah bakat pelajar sekolah yang meminati bidang multimedia dan grafik.

 

Gambar disini

Tarikh  : 17 Januari 2020 
Masa   : 10.00 - 12.00 tengahari
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 2 Orang 

 

Tujuan :

Program ini membantu peserta untuk mengenal komponen komputer secara asas untuk sesi pembelajaran di masa akan datang.

Aktiviti :

Peserta diajar bagaimana menggunakan papan kekunci, tetikus dan cara menaip dengan mudah dan cepat. Peserta juga diberi latihan dengan menaip surat-surat rasmi yang ringkas dan mudah sebagai permulaan untuk pelajar sekolah rendah. 

Pelaksanaan utama adalah dengan memperkenalkan cara pembelajaran secara atas talian. Dengan menggunakan teknologi masa kini, Peserta juga didedahkan dengan penggunaan komputer seperti saranan SKMM, membantu komuniti celik IT serta KDB (Klik Dengan Bijak).

Gambar disini