Felda Pemanis merupakan sebuah petempatan FELDA di Segamat, Johor. Ia dihubungkan ke bandar Segamat melalui Lebuhraya Tun Razak. Mula dibuka pada tahun 1977, ia dihuni oleh kira-kira 1000 keluarga peneroka.Untuk menampung pertambahan bilangan peneroka,  Felda Pemanis Dua ( 2 ) diwujudkan pada tahun 1982. Sebelum ini, hasil getah adalah punca pendapatan utama penduduk sebelum ini. 

Kini tanaman kelapa sawit akan dijadikan tanaman utama bagi menggantikan pokok getah.

Terdapat sebuah sekolah menengah, dua(2) buah sekolah rendah dan dua(2) buah tadika KEMAS di mana anak-anak peneroka di sini mendapatkan pendidikan awal mereka.