Kemudahan asas dan kemudahan awam adalah keperluan orang ramai, walaupun tidak semua penduduk memerlukan kemudahan awam. Kebanyakan kemudahan tersebut disediakan oleh kerajaan untuk dikongsi oleh penduduk yang memerlukan. Terdapat juga di sesetengah tempat, kemudahan awamnya disediakan atau ditaja oleh pihak swasta. Di Felda ini, keperluan asas peneroka telah disediakan sebaik mungkin. Jalan raya yang dibina telah membolehkan penduduk bergerak dari Felda ke kawasan-kawasan lain, malah ke seluruh Malaysia.

Berikut merupakan kemudahan asas yang terdapat di Felda Pemanis :

1. Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Pemanis 1 & 2

2. Sekolah Menengah 

3. Tadika Kemas Felda Pemanis 1 & 2

4. Klinik Kesihatan Felda Pemanis 

5. Pam Minyak (BH Petrol) 

6. Masjid Felda Pemanis 1 & 2

7. Taman Rekreasi 

8. Lampu Jalan 

Bagi sistem perhubungan, perkhidmatan telefon berwayar dan telefon selular juga boleh diperolehi dengan mudah. Kemudahan elektrik dan air tidak menjadi masalah kepada semua penduduk. Begitu juga dengan perkhidmatan internet yang dilanggan oleh sesetengah penduduk. Biasanya bagi penduduk kampung, internet lebih diperlukan oleh anak-anak mereka yang menggunakannya untuk tujuan pembelajaran, mendapatkan maklumat atau bagi tujuan komersial.