CELIK IT - QISTINA MUDAH DALAM MEMBUAT KERJA SEKOLAH DENGAN KEMAHIRAN ICT YANG TELAH DIPELAJARI DI PI

Nama   : NUR QISTINA DANILLYA BTE KHAIRUL ZAMAN  
Umur   : 11 Tahun 
Ahli   : 2018

Latar belakang

Nur Qistina Danillya merupakan seorang pelajar Darjah 5 pada tahun 2020.  Beliau merupakan seorang kanak-kanak yang datang daripada golongan keluarga B40. Beliau sering hadir ke Pusat Internet untuk melayari lawan web,menonton Youtube, sering juga mengikuti program hari terbuka yang dianjurkan oleh Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI, Qistina tiada pengetahuan asas dalam penggunaan komputer dan internet serta sukar menggunakan tetikus dengan baik.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer yang dianjurkan oleh PI, Qistina kini lebih mahir menggunakan komputer dan melayari internet, penguasaan tetikus juga semakin baik dari hari ke hari. Beliau juga kini sudah mempunyai pengetahuan asas dalam menggunakan Word dan Adobe Photoshop. Ilmu yang dipelajari membuatkan dia sering ke PI untuk menyiapkan kerja sekolah sekaligus menambah pengetahuan dia serba sedikit tentang grafik. Qistina semakin minat terhadap kemudahan yang dia boleh dapat daripada Word selepas mengikuti kelas yang sering di anjurkan di PI.

Apa yang dipelajari melalui PI

-       Mempelajari cara penguasaan internet yang betul

-       Mempelajari cara menggunakan fungsi-fungsi yang ada di Word

-       Mempelajari grafik menggunakan Adobe Photoshop

-       Etc

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       PI membantu memberi latihan asas komputer

-       Memberi kelas tambahan

-       Menggalakkan penyertaan dalam pertandingan video atau reka poster di PI.