USAHAWAN - PERNIAGAAN PRODUK SEJUK BEKU SECARA ONLINE OLEH PUAN NORHIDAYAH BINTI TUKIMAN

Nama   : NORHIDAYAH BTE TUKIMAN
Umur   : 31 Tahun 
Ahli   : 2010

 

 

Latar belakang

Puan Hidayah memulakan perniagaan pada tahun 2015 dengan menjalankan perniagaan di rumahnya, Felda Pemanis 2,bermula dengan menjual kuih sejuk beku iaitu karipap secara kecil-kecilan demi mencari pendapatan sampingan sebagai suri rumah. Dengan usaha beliau, aneka kuih sejuk beku semakin hari semakin pelbagai dan permintaan semakin meningkat dikalangan pelanggannya. Dari sampingan, sedikit demi sedikit perniagaannya semakin maju dan memerlukan peralatan yang lebih canggih dan memudahkan beliau. Beliau perlu mendapatkan peralatan tersebut dan perlunya pelanggan yang melebihi sasaran beliau supaya mendapat pulangan modal terhadap perniagaan beliau. Beliau mendapatkan tunjuk ajar daripada Pusat Internet Pemanis 2 untuk kelas pemasaran produk beliau secara digital. Beliau tidak menyangka dengan bantuan pemasaran secara online, tempahan terhadap produk-produk beliau tidak henti masuk.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500-RM700 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini berjaya membina banner iklan  yang dapat mempromosikan produk keluaran beliau. Pelanggan beliau dari sekitar Felda Pemanis serta kawasan Segamat semakin meningkat. Pendapatan bulanan beliau juga meningkat sekitar RM700 – RM1000 sebulan.

 

 

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
  • dan mempelajari cara mengambil order melalui FB.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI membantu mempromosikan produk, memberi kelas tambahan malah video tentang perniagaan saya menjadi viral melalui PI