USAHAWAN - PERNIAGAAN AZIE HAZLIN BAKER

Nama   : AZIDA BINTI SIPON
Umur   : 45 Tahun 
Ahli   : 2020

 

Latar belakang

Puan Azida merupakan anak peneroka Felda Pemanis 2. Beliau mempunyai pelbagai kemahiran seperti membuat kek, membuat goodies, memasak, dan menjahit. Namun beliau memilih untuk fokus pada sebuah perniagaan yang berteraskan pembuatan kek. Puan Azida memulakan perniagaan pada tahun 2012 dengan menjalankan perniagaan di rumahnya, Felda Pemanis 2,bermula dengan menjual kuih kek secara kecil-kecilan dan memberi pada anaknya untuk dibawa ke sekolah demi mencari pendapatan sampingan sebagai suri rumah. Dengan usaha beliau, aneka kek semakin hari semakin pelbagai dan permintaan semakin meningkat dikalangan pelanggannya. Dari sampingan, sedikit demi sedikit perniagaannya semakin maju dan memerlukan peralatan yang lebih canggih dan memudahkan beliau. Beliau perlu mendapatkan peralatan tersebut dan perlunya pelanggan yang melebihi sasaran beliau supaya mendapat pulangan modal terhadap perniagaan beliau. Beliau mendapatkan tunjuk ajar daripada Pusat Internet Pemanis 2 untuk kelas pemasaran produk beliau secara digital. Beliau tidak menyangka dengan bantuan pemasaran secara online, tempahan terhadap produk-produk beliau tidak henti masuk.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700-RM1000 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini berjaya membina banner iklan  yang dapat mempromosikan produk keluaran beliau. Pelanggan beliau dari sekitar Felda Pemanis serta kawasan Segamat semakin meningkat. Pendapatan bulanan beliau juga meningkat sekitar RM2,000 – RM2,500 sebulan.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
  • dan mempelajari cara mengambil order melalui FB.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI membantu mempromosikan produk, memberi kelas tambahan malah video tentang perniagaan saya menjadi viral melalui PI