USAHAWAN - PERTERNAKAN KAMBING

Nama   : NUR ATIQAH FARAHIN         BINTI SULIMAN
Umur   : 26 Tahun 
Ahli   : 2010


Latar belakang

Puan Nur Atiqah Farahin merupakan salah seorang usahawan di Felda Pemanis 1. Beliau dan suami mengusahakan perniagaan bernama Rafa Farm. Bermula dari tahun 2015 dengan hanya beberapa sahaja kambing yang beliau miliki. Beliau mengusakan penternakan kambing ini dikawasan rumah mereka sendiri. Beliau juga merupakan anak jati Felda Pemanis.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau banyak mengikuti kelas di PI, beliau hanya dapat menjual sekitar seekor kambing sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini berjaya membina banner iklan  yang dapat mempromosikan jualan beliau. Pelanggan beliau dari sekitar Felda Pemanis serta kawasan Segamat semakin meningkat. Pendapatan bulanan beliau juga meningkat sekitar RM2,000 – RM2,500 sebulan.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan barangan untuk membela kambing, pengiraan untung/ rugi dan mempelajari cara pembelaan kambing dengan baik melalui FB dan sebarang website.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI membantu mempromosikan produk, memberi kelas tambahan malah video tentang perniagaan saya menjadi viral melalui PI