Nama   : Norhashida Binti Hamsah
Umur   : 32 Tahun 
Ahli   : 2014


Latar belakang

Puan Ida merupakan salah seorang usahawan di Felda Pemanis 2. Beliau mengusahakan perniagaan bernama D'Marvel Cikda. Bermula dari tahun 2020 dengan hanya kuantiti kecil yang beliau hasilkan. Beliau mengusahakan perniagaan ini dikawasan rumah mereka sendiri. Beliau juga merupakan anak jati Felda Pemanis. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau banyak mengikuti kelas di PI, beliau sememangnya seorang yang kurang mengetahui tentang penggunaan serta kelebihan dalam mengunakan ICT dalam membangunkan perniagaan miliknya malah beliau hanya dapat menjual sekitar 20 biji kek sahaja dalam masa sebulan. Beliau dulu hanya menggunakan status didalam aplikasi whatsapp sebagai platform untuk mengembangkan perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dikendalikan oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini sudah mahir menggunakan alat teknologi ICT dalam usaha untuk mengembangkan perniagaannya yang dulu suram perniagaannya dek kerana kekurangan ilmu dalam bidang ICT. Ternyata dengan usahanya menyertai kelas latihan keusahawanan , beberapa cara lain dapat dipelajari dan diaplikasikan oleh beliau dalam mengembangkan perniagaannya . Antara kaedah yang ternyata memberikan impak yang positif terhadap perniagaannya ialah beliau berjaya membina banner iklan  yang dapat mempromosikan jualan beliau.Selain itu ,beliau telah mencipta page facebook dan berjaya mendapatkan data trafik yang baik untuk pemasaran produk beliau. Pelanggan beliau dari sekitar Felda Pemanis serta kawasan Segamat semakin meningkat. Pendapatan bulanan beliau juga meningkat sekitar RM1,000 – RM1,200 sebulan sekaligus dapat menampung kos sara hidup beliau.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan barangan , pengiraan untung/ rugi dan mempelajari cara penghasilan produk dengan baik melalui FB dan sebarang website.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

PI membantu mempromosikan produk, memberi kelas tambahan malah video tentang perniagaan saya menjadi viral melalui PI