Nama   : NURUL AZANI BINTI SHYPUL AZMI 
Umur   : 22 Tahun 
Ahli   : 2012


Latar belakang

Cik Azani merupakan salah seorang usahawan yang kurang berjaya di Felda Pemanis 2. Beliau mengusahakan perniagaan bernama Teega Snack Viral. Bermula dari tahun 2020 dengan hanya kuantiti kecil yang beliau hasilkan. Beliau mengusahakan perniagaan ini secara sambilan disamping menjadi mahasiswa sepenuh masa pengajian ijazah sarjana muda di UMK. Beliau juga merupakan anak kelahiran Felda Pemanis.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau banyak mengikuti kelas di PI, beliau hanya dapat menjual sekitar 30 paket snek yang berjenama Teega Snack Viral sahaja sebulan. Hal ini kerana cara yang digunakan untuk mempromosikan perniagaan beliau kurang efisien. Beliau hanya berniaga melalui platform aplikasi whatsApp milik persendirian dan twitter sahaja. Natijahnya , perniagaan beliau tidak mendapat sambutan hangat di pasaran malah beliau hampir mengalami kerugian .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dikendalikan oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini sudah mahir menggunakan alat teknologi ICT dalam usaha untuk mengembangkan perniagaannya yang dulu suram perniagaannya dek kerana kekurangan ilmu dalam bidang ICT. Ternyata dengan usahanya menyertai kelas latihan keusahawanan , beberapa cara lain dapat dipelajari dan diaplikasikan oleh beliau dalam mengembangkan perniagaannya . Antara kaedah yang ternyata memberikan impak yang positif terhadap perniagaannya ialah beliau berjaya membina banner iklan  yang dapat mempromosikan jualan beliau.Selain itu ,beliau telah mencipta page facebook serta platform yang merupakan salah satu platform yang sedang hangat digunakan oleh pelbagai pihak pada zaman kini iaitu Shoppee dan berjaya mendapatkan data trafik yang terbaik untuk pemasaran produk beliau. Pelanggan beliau dari sekitar Felda Pemanis serta kawasan Segamat semakin meningkat. Pendapatan bulanan beliau juga meningkat sekitar RM1,000 – RM1,500 sebulan sekaligus dapat menampung kos perbelanjaan hidup beliau sepanjang belajar.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan barangan , pengiraan untung/ rugi dan mempelajari cara penghasilan produk dengan baik melalui FB dan sebarang website.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI membantu mempromosikan produk, memberi kelas tambahan malah video tentang perniagaan saya menjadi viral melalui PI