Nama  : NURUL JANNAH BINTI M.NOOR
Umur  : 34 Tahun  
Ahli  : 2018

 

Latar belakang

Pn. Nurul Jannah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa serta bergiat aktif dengan aktiviti bersama komuniti seperti zumba atau bersukan. Puan Nurul Jannah telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan hanya bermula dari rumah dan menjual dikalangan kawan-kawannya sahaja.

Sebelum 

Sasaran jualan Puan Nurul Jannah hanya dikalangan rakan-rakan yang mengenali dirinya dan yang mengetahui tentang jualan yang dilakukan. Beliau hanya membakar roti di rumah kerana mahu menjana pendapatan sampingan. Puan Nurul Jannah tidak memasarkan jualannya di laman media sosial seperti facebook. 

Selepas 

Selepas menghadiri ke Pusat Internet, Puan Nurul Jannah telah mendapat bimbingan tentang cara mempromosikan produknya di laman media sosial serta cara melakukakan jualan melalui facebook. Sambutan jualan untuk Roti Puan Nurul Jannah kini semakin meningkat dan mendapat tarikan diseluruh kawasan Felda Pemanis malahan mendapat tempaahan sehingga ke luar kawasan Segamat.

 

     

USAHAWAN MUDA MENCEBURI BIDANG PERNIAGAAN KEREPEK

 

Nama  : MUHAMMAD AZHARI BIN IMRAN 
Umur  : 23 Tahun  
Ahli  : 2010



Latar belakang


En. Azhari merupakan seorang mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu. Beliau merupakan anak jati Felda Pemanis. Beliau telah menceburi bidang perniagaan kerepek. Pelbagai anek kerepek boleh didapat daripada saudara Azhari.

Sebelum berniaga

En. Azhari hanya melakukan aktivitinya tersendiri semasa cuti semester beliau.

Selepas berniaga

En. Azhari telah mendapat idea untuk berniaga kerepek semasa cuti semester Julai 2020 dan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilaksanakan. Beliau kini dapat menjana pendapatan dengan menjual kerepek disamping mengasah softskills sebagai seorang usahawan. Beliau juga merupakan aktivis Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.

 

    

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN 

Nama   : Mohd Kamarul Bin Mazlan  
Umur   : 36 Tahun 
Ahli   : 2019

 

Latar belakang

En Mohd Kamarul merupakan pemegang kad OKU (Orang Kelainan Upaya), beliau sering hadir ke Pusat Internet untuk melayari lawan web,menonton youtube, mempelajari cara membina Facebook dan sering juga mengikuti program hari terbuka yang dianjurkan oleh Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI En Mohd Kamarul lemah dalam penguasaan internet serta sukar menggunakan tetikus dengan baik.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer yang dianjurkan oleh PI En Mohd Kamarul lebih mahir menggunakan internet, penguasaan tetikus juga semakin baik dari hari ke hari. Beliau juga kini mempunyai perbankan secara dalam talian selepas mengikuti kelas yang sering di anjurkan di PI.

 

  

  

CELIK IT - MEMILIKI KEMAHIRAN MEMBAIKPULIH KOMPUTER SEAWAL USIA 16 TAHUN

Nama   : Muhammad Luqman Nurhaqeem bin Muhd Johan  
Umur   : 16 Tahun 
Ahli   : 2017

 

Latar belakang

Luqman Nurhaqeem merupakan pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah SMK LKTP Pemanis dan memasuki kelas yang mengambil aliran seni dan kelas yang mempelajari serba sedikit tentang komputer. Luqman juga merupakan pengunjung aktif Pusat Internet Felda Pemanis 2 dan sering mempelajari kemahiran ICT. Luqman telah berminat untuk mempelajari kemahiran membaikpulih komputer daripada Pengurus Pusat Internet Felda Pemanis 2.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Luqman hanya mengetahui cara-cara bermain dan menggunakan komputer seperti melayari internet dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Luqman sudah memiliki kemahiran membaikpulih komputer dan mengetahu nama-nama perkakasan komputer. Luqman kini sering membantu Pengurus Pusat Internet Felda Pemanis 2 membaikpulih komputer disamping mengasah kemahirannya dalam membaikpulih komputer.

  

USAHAWAN KEDAI MAKAN 

Nama  : Azri Bin Suratin  
Umur  : 42 Tahun  
Ahli  : 2013

 

Latar belakang

En Azri memulakan perniagaan pada tahun 2015 dengan menjalankan perniagaan di gerai belia milik Felda Pemanis 1,bermula dengan menjual char kue teow goreng,nasi goreng kampung sahaja beliau tidak menyangka permintaan untuk membuka premis perniagaan sendiri membuahkan hasil. Pada tahun 2016 beliau memulakan perniagaan di premis yang dibina sendiri dihadapan kediaman ibu bapa nya di Felda Pemanis 2. Pelbagai menu yang disediakan seperti mee bandung, nasi goreng, masakan barat, dan banyak lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500-RM700 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini berjaya membina banner iklan yang dapat mempromosikan produk keluaran beliau. Pelanggan beliau dari sekitar Felda Pemanis serta kawasan Segamat semakin meningkat. Pendapatan bulanan beliau juga meningkat sekitar RM700 – RM1000 sebulan.