USAHAWAN MAKANAN 

Nama : Pn Anizah Mohamed 
Umur  : 50 Tahun 
Ahli   : 2011 

 

Latar belakang

Puan Anizah memulakan perniagaan pada januari 2019, memulakan perniagaan dengan menghantar makanan dari rumah ke rumah yang dipesan melalui laman social facebook dan whatsapp.Sering hadir ke PI untuk mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan. Menggunakan Myshop untuk mengiklankan produk keluaran beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini telah memiliki Page facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk keluaran beliau. Pelanggan beliau dari sekitar Felda Pemanis serta kawasan Segamat semakin meningkat. Pendapatan bulanan beliau juga meningkat sekitar RM500 – RM700 sebulan.

   

           

USAHAWAN PRODUK KESIHATAN

 Nama  : Pn Mawarni Sudarman 
 Umur  : 38 Tahun
 Ahli  : 2016 

 

Latar belakang

Puan Mawarni memulakan perniagaan pada awal tahun 2018, beliau menjual produk kesihatan iaitu XT- COOL CREAM, produk pelbagai fungsi ini diformulakan untuk mengurangkan sakit sendi dan otot serta boleh menguruskan badan. Beliau mempromosikan produk ini ke laman social facebook milik beliau setiap hari. Puan Mawarni juga sering hadir ke Pusat Internet Felda Pemanis 2 dan mengikuti kelas asas computer yang diadakan, selain itu juga beliau juga turut mempromosikan produk ini ke aplikasi myshop dashboard komuniti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini telah memiliki page facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk kesihatan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Malaysia yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM700.

Gambar disini

USAHAWAN BAKERY 

 Nama   : Pn Suhaila Binti Mohd Nor 
 Umur   : 34 Tahun
 Ahli   : September 2013

 

Latar belakang

Puan Suhaila memulakan perniagaan pada awal tahun 2018. Pada awalnya sekadar mengisi masa lapang dan permintaan anak-anak sekarang menjadi punca pendapatan utama keluarga beliau. Puan Suhaila berkemahiran membuat pelbagai jenis roti seperti pizza mini, bun sosej, roti bergula dan banyak lagi. Puan suhaila mempromosikan produk melalui whatsapp, laman social facebook serta myshop dashboard komuniti. Beliau juga sering menggunakan Pusat Internet untuk tujuan promosi dan mengikuti kelas keusahawanan yang dijalankan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300– RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini telah memiliki page facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau kini telah meluas ke luar kawasan Segamat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM700.

Gambar disini

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN, MENAIP & MENCETAK

Nama  : Muhammad Affiq Aiman Bin Affandi 
 Umur   : 12 Tahun
 Ahli  : 2016 

 

Latar belakang

Adik Muhammad Affiq Aiman merupakan pengguna tetap Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau sering menggunakan komputer di PI untuk menyiapkan tugasan sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas ICT yang dijalankan di PI, adik Affiq hanya pandai menaip surat dan menampal gambar yang dimuat turun dari internet sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas ICT yang dijalankan di PI, adik Affiq telah mengikuti hampir kesemua kelas yang dijalankan oleh petugas dan kini beliau telah mahir dalam membuat slide show dari Microsoft Power Point, mengedit gambar di adobe photoshop serta membina resume.

Gambar disini

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN, MENGEDIT GAMBAR, ASAS KOMPUTER

 Nama  : Muhammad Muiz Bin Rosdi  
 Umur   : 15 Tahun 
 Ahli   : 2010 

 

Latar belakang

Muizz adalah seorang pelajar sekolah menengah yang amat pasif,pendiam dan kurang kemahiran pembelajaran. Beliau selalu datang ke PI membuat kerja sekolah, bermain media social kerana kurangnya kemudahan ICT di rumahnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mendalami ICT, Muizz selalu membuat kerja sekolah dengan sekadar sahaja, kurang informasi dan tidak fokus kerana leka dengan permainan gadget. Dia tidak tahu tentang Ms Office dan Paint. Malah tidak pernah mempelajari ICT di mana-mana tempat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT,Multimedia dan MS Office yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis Dua, Muizz semakin berminat untuk mempelajari ICT dan tidak lagi asyik membuang masa dan bermain. Muizz juga sudah pandai menaip teks dengan baik.

Gambar disini