USAHAWAN DALAM TALIAN (FACEBOOK PAGE)

Nama    : Pn Noraslinda Binti Mahadi 
Umur   :  31 Tahun 
Ahli  : 2015 

 

Latar belakang

Puan Noraslinda menjual pakaian kanak-kanak secara dalam talian bermula pada Jun 2017 kerana permintaan untuk pakaian kanak-kanak meningkat beliau mengambil keputusan untuk menjual secara dalam talian. Beliau juga diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard Komuniti untuk mempromosikan produk.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM700 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini telah memiliki page facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau kini telah meluas ke luar kawasan Segamat dan Johor Bahru. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM700 – RM1000.

Gambar disini

USAHAWAN SEJUK BEKU

 Nama  : Pn Shahrezuana Bt Hj Sabtu  
 Umur   : 34 Tahun
 Ahli   : 2014

Latar belakang

Pn  Shahrezuana Sabtu merupakan usahawan makanan sejuk beku, beliau menjual produk Karipap XXL, atau lebih dikenali dengan karipap gajah. Memulakan perniagaan pada tahun 2012, beliau hanya menjual karipap panas yang di jual di gerai milik beliau di hadapan rumah.

Dengan bantuan dari jabatan pertanian dan risda, pelbagai alat dan peralatan untuk menghasilkan produk ini lebih mudah dan cepat. Pn Shahrezuana juga telah mengikuti latihan asas keusahawanan di Pusat Internet Felda Pemanis 2 dan memasarkan produk menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti dengan dibantu oleh petugas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini telah memiliki page facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk sejuk beku beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Malaysia yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Beliau juga memasarkan Karipap XXL ni ke pasaraya terkenal sekitar Segamat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.

Gambar disini

USAHAWAN BAKERY

Nama   Norwiyah Binti Miskam 
Umur  31 Tahun 
Ahli   2011 

Latar Belakang

Cik Norwiyah merupakan seorang usahawan kek dan bakeri yang terkenal di Felda Pemanis sejak tahun 2015. Beliau mendapat kemahiran bakeri daripada FELDA dan GIATMARA dan kini masih meluaskan ilmu dan pengalaman serta memberi tunjuk ajar kepada usahawan-usahawan muda yang lain. dalam bidang keusahawanan.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum mendalami ICT serta penglibatan dengan Pi, beliau tidak mempunyai platform pemasaran online yang menarik dan banyak. Beliau tidak mempunyai komputer dan sukar untuk membuat persembahan produk yang menarik dalam pengiklanan.  Potensi pasaran dan berita juga amat terhad dan tertumpu kepada komuniti setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Melalui kelas latihan Pengkomputeran, MS Office & Multimedia yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis Dua, beliau kini beliau mampu untuk membuat poster iklan, serta memuat naik produk dalam pelbagai jenis online platform.

Gambar Disini

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN, MENAIP & MENCETAK

Nama   Muhammad Amierul Fariz Bin Azmi
Umur  13 Tahun 
Ahli  2017 

Latar Belakang

Amierul merupakan seorang pelajar sekolah yang cerdik dan hiperaktif. Namun begitu, beliau kurang fokus untuk menumpukan kelebihannya ke arah sesuatu yang bermanfaat. Selain itu, beliau tidak mempunyai gajet dan komputer seperti rakan-rakannya yang lain di rumah.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum mendalami ICT, beliau tidak tahu langsung bagaimana komputer berfungsi apatah lagi menggunakannya. Beliau sering datang ke Pi hampir setiap hari hanya untuk bermain dengan rakan-rakannya.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Melalui kelas Asas Komputer dan MS Office, Adobe yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis Dua, beliau kini telah mengenali fungsi-fungsi computer, cara menggunakan internet, menaip dan membuat lukisan.

Gambar Disini

USAHAWAN BAIKI TELEFON

Nama  Mohd Zainul Ariffin Bin Idrus
Umur  31 Tahun 
Ahli  2015

Latar Belakang

Encik Zainul adalah seorang usahawan yang berbakat, dia mampu membaiki pelbagai peralatan elektrik & elektronik. Beliau juga adalah juruhebah majlis-majlis keraian. Beliau akan mengambil gambar dan membuat iklan melalui whatsapp dan fb, namun beliau kurang peka menggunakan Adobe Photoshop/Illustrator, pengiklanan dalam website/apps, penyuntingan gambar untuk membuat poster dan rekaan yang menarik. Oleh itu, beliau hadir ke Pi untuk belajar membuat rekabentuk digital yang dikehendaki serta pelbagai lagi modul ICT.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI 

Sebelum mendalami ICT dan mendekati Pi, beliau hanya mampu mengambil gambar dan berkongsi di media sosial. Beliau kurang kreativiti dalam membuat poster dan pengiklanan dalam talian. Iklan whatssapp juga amat tertumpu kepada komuniti setempat sahaja. Pendapatan juga bawah RM 2000 sebulan.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Melalui kelas latihan Adobe, MS Office dan ICT lain yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis Dua, beliau kini beliau mampu untuk membuat rekaan dan suntingan sendiri serta mampu mengolah iklan dengan capaian yang lebih luas dan cepat. Perniagaan beliau juga mendapat perhatian dan sambutan menggalakkan. Pendapatan juga mampu mencecah RM3000 sebulan.