Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Felda Pemanis 2 mengucapkan Selamat Datang dan jutaan  terima kasih kepada anda semua kerana sudi melawat portal kami. PEDI  ini merupakan program yang telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd (TM Bhd) dan MSD Digital Intelligence. PEDI Felda Pemanis 2 telah beroperasi selama 7 tahun. Program ini adalah bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat serta mendedahkan kepada masyarakat mengenai kepentingan ICT dalam kehidupan seharian bagi meningkatkan taraf hidup komuniti setempat.

WhatsApp Image 2017-05-11 at 10.19.12 1

PEDI  Felda Pemanis 2 terletak di bangunan balairaya Felda Pemanis 2 bersebelahan dengan padang awam Felda Pemanis 2.PEDI  Felda Pemanis 2 menyediakan latihan ICT secara percuma khasnya kepada Ahli PEDI sahaja.

Latihan tersebut merangkumi :

* Pengenalan Perkakasan Komputer
* Pengenalan Asas Internet
* Pengenalan kepada Aplikasi Elektronik ( e-kerajaan , e- pembelajaran dan e- dagang)
* Desktop Publishing ( Microsoft Word, Microsoft Excel , Microsoft PowerPoint)

Objektif PEDI (PEDI) :

  • * Memberi  kemudahan  capaian  internet  kepada  komuniti  setempat.
  • * Memberi  pendedahan  kepada  masyarakat  setempat  tentang  teknologi  komputer  dan  Internet.
  • * Meningkatkan  taraf  ekonomi  dan  sosial  masyarakat  melalui  kemudahan  yang  disediakan  dan  aktiviti  yang  dijalankan  di  PEDI.
  • * Merapatkan  jurang  digital  antara  masyarakat  bandar  dan  luar  bandar  selaras  dengan  matlamat  kerajaan.
  • * Meningkatkan  kadar  penembusan  jalur  lebar  selaras  dengan  Pelan  Jalur  Lebar  Kebangsaan.

Perkhidmatan yang disediakan di PEDI : 

  • * Mencetak dokumen (printing)
  • * Mengimbas (scanning).Fotostat
  • * Laminasi(Laminating)
  • * Menjilid (binding)
  • * Zon Internet tanpa wayar (Wi Fi zone.)

 

WAKTU BEROPERASI :

PEDI Dibuka Setiap Hari Kecuali Cuti Umum

Waktu Operasi   

 9.00 pagi – 1.00 ptg

( Sabtu Hingga Khamis)   

 2.00 petang - 6.00 petang

(Sabtu Hingga Khamis)

 9.00 pagi - 12.30 tghri

(Jumaat)

 2.30 petang - 6.00 petang

(Jumaat)

     

REHAT

1.00 petang - 2.00 petang (Sabtu - khamis )

12.30 tghri – 2.30 petang (Jumaat)