Sejarah Gugusan Felda Pemanis

Peta Pemanis 3D Pi1M Pemanis 2
Kawasan ini mula diterokai pada tahun 1977 dan 1978 dan dibangunkan dengan tanaman getah peringkat 1 dan sawit dibangunkan pada tahun 1982 bagi peringkat 2. Kemasukan peneroka mula diambil pada tahun 1982 peringkat 1 seramai 476 orang dan pada 1986 peringkat 2 seramai 24 orang.

Nama rancangan ini diambil sempena dari sebuah bukit dikawasan yang dinamakan Bukit Pemanis yang berketinggian 933 kaki dari aras laut. Ada juga pendapat mengatakan bahawa nama ini diambil dari nama buah iaitu Pauh Manis.

 

Gugusan Felda Pemanis terdapat dua buah rancangan iaitu Felda Pemanis 1 dan Felda Pemanis 2. Ia berada bersebelahan dengan kampung tradisional dan estet disekitar seperti Kampung Tungku Tiga,Kampung Sekijang,Kampung Gelang Cincin dan Kampung Bukit Tempurung. Manakala ladang yang berhampiran adalah Ladang Mados,Ladang Bangas,ladang Kemedak dan Ladang Bukit Bujang

Hingga kini, jumlah penduduk di kawasan Felda Pemanis 2 ini dianggarkan berjumlah seramai 3000 orang dan banyak kemudahan yang terdapat di sini berbanding semasa pembukaannya dahulu.