Felda Pemanis terdiri dari dua kawasan iaitu Felda Pemanis 1 & 2. Setiap Felda Pemanis 1& 2 terdapat sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Pemanis 1 & Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Pemanis 2. Manakala Sekolah Menengah terdapat satu sahaja mewakili satu kawasan Felda Pemanis. Kesemua pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5 akan bersekolah di Sekolah Menengah Pemanis. 

Manakala, bagi golongan kanak-kanak terdapat Kelas Literasi yang ditubuhkan dibawah anjuran FELDA untuk kanak-kanak dibawah umur 4 hingga 5 tahun. Kanak-kanak berumur 6 tahun akan bersekolah di TABIKA KEMAS dan PRASEKOLAH yang terdapat di setiap Sekolah Rendah Kebangsaan.