Tarikh  : 3 September 2020 
Masa   : 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 36 Orang 

Tujuan :

Majlis ini diadakan khas untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi Pertandingan Video Kraftangan Bertemakan Kemerdekaan Tahun 2020. Juga diraikan para peserta bengkel poster Pusat  Internet serta hadiah saguhati turut diberi kepada kesemua peserta pertandingan video.

Aktiviti :

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan sedikit ucapan daripada Pengurus Pusat Internet Felda Pemanis 2. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian Ketua Peneroka Felda Pemanis 2 , En. Abdul Hamid bin Dahlan. Seterusnya acara penyampaian hadiah untuk pertandingan video kraftangan yang bertemakan kemerdekaan 2020 oleh En.Abdul Hamid diiringi Pengurus Pusat Internet Pemanis 2 , En. Azuwan bin Abd. Aziz. Turut diraikan peserta poster terbaik untuk bengkel poster serta hadiah saguhati untuk kesemua yang menyertai pertandingan yang diadakan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan untuk para tetamu.

Gambar Disini