Warung kita terletak di No 108, Blok 5, Felda Pemanis 2. Pemiliknya En Azri Suratin merupakan anak peneroka Felda Pemanis 2. Warung kita telah beroperasi hampir 5 tahun, bermula hanya dengan beberapa menu seperti mee goreng mamak, nasi goreng kampung mee bandung serta mee sup, kini mereka melangkah setapak lg dengan menyediakan menu mee sizzling serta roti canai kari kambing. 

Mee sizzling disediakan secara 'panas-panas' sebaik saja pelanggan membuat pesanan, maka menu ini "fresh" pelanggan juga boleh melihat sendiri mereka menghasilkan menu ini.

Bagi mereka yang teringin mencuba keenakan menu-menu dari warung kita boleh la berkunjung ke sini. Mereka beroperasi setiap hari dari jam 7.00 petang hingga 12.00 malam. 

 

Mee Goreng Pemanis 

Di kawasan Felda Pemanis 2 terdapat satu kedai makan yang sangat popular dikalangan penduduk di kawasan ini iaitu kedai Pak Mahat yang terletak berhampiran dengan Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis 2.

Menu yang sangat popular di kedai ini ialah Mee Goreng Mamak Special, dengan harga yang amat berpatutan dengan rasa yang cukup enak hanya RM 4.00 sepinggan.

Kepada mereka yang datang ke kawasan Felda Pemanis 2,pasti akan merasa rugi jika tidak mencuba menu ini.