NAMA MUHAMMAD SHAH RIZAL BIN MUHD RAZIF
     
Tempat  PEDI Pemanis 2

 

Latar belakang

 

Shah Rizal merupakan seorang kanak-kanak hiperaktif dan sering berkunjung di Pusat Ekonomi Digital Felda Pemanis 2. Akan tetapi masanya sering dihabiskan dengan hanya menonton YouTube selain bermain dengani rakan-rakannya. Rizal tidak mempunyai komputer di rumah apatah lagi telefon bimbit. Kurangnya kemudahan ICT di rumah membuat Shah Rizal datang ke PEDI untuk belajar ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum penglibatan di PEDI, Shah Rizal tidak mempunyai pengetahuan apa-apa mengenai komputer dan internet. Beliau hanya melihat rakan-rakan menggunakan komputer dan perlahan-lahan berjinak mula mencuba menggunakan. Petugas maklum akan perkara tersebut lantas memberikannya sepenuh perhatian dan tunjuk ajar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas asas komputer yang dianjurkan oleh PEDi, Shah Rizal semakin kenal dengan komputer dan mahir menggunakan internet. Kini beliau mampu menggunakan komputer, menaip dengan baik dan membuat suntingan asas gambar. Beliau kini semakin aktif dalam setiap aktiviti yang PEDI jalankan.

Shah Rizal

Nama   : NURUL AZANI BINTI SHYPUL AZMI 
Umur   : 22 Tahun 
Ahli   : 2012


Latar belakang

Cik Azani merupakan salah seorang usahawan yang kurang berjaya di Felda Pemanis 2. Beliau mengusahakan perniagaan bernama Teega Snack Viral. Bermula dari tahun 2020 dengan hanya kuantiti kecil yang beliau hasilkan. Beliau mengusahakan perniagaan ini secara sambilan disamping menjadi mahasiswa sepenuh masa pengajian ijazah sarjana muda di UMK. Beliau juga merupakan anak kelahiran Felda Pemanis.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau banyak mengikuti kelas di PI, beliau hanya dapat menjual sekitar 30 paket snek yang berjenama Teega Snack Viral sahaja sebulan. Hal ini kerana cara yang digunakan untuk mempromosikan perniagaan beliau kurang efisien. Beliau hanya berniaga melalui platform aplikasi whatsApp milik persendirian dan twitter sahaja. Natijahnya , perniagaan beliau tidak mendapat sambutan hangat di pasaran malah beliau hampir mengalami kerugian .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dikendalikan oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini sudah mahir menggunakan alat teknologi ICT dalam usaha untuk mengembangkan perniagaannya yang dulu suram perniagaannya dek kerana kekurangan ilmu dalam bidang ICT. Ternyata dengan usahanya menyertai kelas latihan keusahawanan , beberapa cara lain dapat dipelajari dan diaplikasikan oleh beliau dalam mengembangkan perniagaannya . Antara kaedah yang ternyata memberikan impak yang positif terhadap perniagaannya ialah beliau berjaya membina banner iklan  yang dapat mempromosikan jualan beliau.Selain itu ,beliau telah mencipta page facebook serta platform yang merupakan salah satu platform yang sedang hangat digunakan oleh pelbagai pihak pada zaman kini iaitu Shoppee dan berjaya mendapatkan data trafik yang terbaik untuk pemasaran produk beliau. Pelanggan beliau dari sekitar Felda Pemanis serta kawasan Segamat semakin meningkat. Pendapatan bulanan beliau juga meningkat sekitar RM1,000 – RM1,500 sebulan sekaligus dapat menampung kos perbelanjaan hidup beliau sepanjang belajar.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan barangan , pengiraan untung/ rugi dan mempelajari cara penghasilan produk dengan baik melalui FB dan sebarang website.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI membantu mempromosikan produk, memberi kelas tambahan malah video tentang perniagaan saya menjadi viral melalui PI

 

        

Nama   : NAWAR BIN MUHAMAD
Umur   : 29 Tahun 
Ahli   : 2011


Latar belakang

Encik Nawar merupakan salah seorang usahawan di Felda Pemanis 2. Beliau mengusahakan perniagaan bernama Kopi Tenang Malaya. Bermula dari tahun 2020 dengan hanya kuantiti kecil yang beliau hasilkan. Beliau mengusahakan perniagaan ini dikawasan rumah mereka sendiri. Beliau juga merupakan anak jati Felda Pemanis.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau banyak mengikuti kelas di PI, beliau hanya dapat menjual sekitar 1000 paket kopi sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini berjaya membina banner iklan  yang dapat mempromosikan jualan beliau. Beliau telah mencipta page facebook dan berjaya mendapatkan data trafik yang baik untuk pemasaran produk beliau. Pelanggan beliau dari sekitar Felda Pemanis serta kawasan Segamat semakin meningkat. Pendapatan bulanan beliau juga meningkat sekitar RM2,000 – RM2,500 sebulan.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan barangan , pengiraan untung/ rugi dan mempelajari cara penghasilan produk dengan baik melalui FB dan sebarang website.

     

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI membantu mempromosikan produk, memberi kelas tambahan malah video tentang perniagaan saya menjadi viral melalui PI

 

 

 

Nama   : Norhashida Binti Hamsah
Umur   : 32 Tahun 
Ahli   : 2014


Latar belakang

Puan Ida merupakan salah seorang usahawan di Felda Pemanis 2. Beliau mengusahakan perniagaan bernama D'Marvel Cikda. Bermula dari tahun 2020 dengan hanya kuantiti kecil yang beliau hasilkan. Beliau mengusahakan perniagaan ini dikawasan rumah mereka sendiri. Beliau juga merupakan anak jati Felda Pemanis. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau banyak mengikuti kelas di PI, beliau sememangnya seorang yang kurang mengetahui tentang penggunaan serta kelebihan dalam mengunakan ICT dalam membangunkan perniagaan miliknya malah beliau hanya dapat menjual sekitar 20 biji kek sahaja dalam masa sebulan. Beliau dulu hanya menggunakan status didalam aplikasi whatsapp sebagai platform untuk mengembangkan perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dikendalikan oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini sudah mahir menggunakan alat teknologi ICT dalam usaha untuk mengembangkan perniagaannya yang dulu suram perniagaannya dek kerana kekurangan ilmu dalam bidang ICT. Ternyata dengan usahanya menyertai kelas latihan keusahawanan , beberapa cara lain dapat dipelajari dan diaplikasikan oleh beliau dalam mengembangkan perniagaannya . Antara kaedah yang ternyata memberikan impak yang positif terhadap perniagaannya ialah beliau berjaya membina banner iklan  yang dapat mempromosikan jualan beliau.Selain itu ,beliau telah mencipta page facebook dan berjaya mendapatkan data trafik yang baik untuk pemasaran produk beliau. Pelanggan beliau dari sekitar Felda Pemanis serta kawasan Segamat semakin meningkat. Pendapatan bulanan beliau juga meningkat sekitar RM1,000 – RM1,200 sebulan sekaligus dapat menampung kos sara hidup beliau.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan barangan , pengiraan untung/ rugi dan mempelajari cara penghasilan produk dengan baik melalui FB dan sebarang website.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

PI membantu mempromosikan produk, memberi kelas tambahan malah video tentang perniagaan saya menjadi viral melalui PI

          

Nama   : ARIANA BALQISHA
Umur   : 7 Tahun 
Ahli   : 2020

Latar belakang

Ariana merupakan kanak-kanak yang sering berkunjung di Pusat Internet Komuniti Felda Pemanis 2. Akan tetapi masanya sering dihabiskan dengan hanya melayari Youtube dan bermain bersama kawan-kawan. Ariana sering mengikuti kelas asas seperti bermain kuiz bersama petugas. Ariana juga sering belajar menghafaz Al-Quran bersama petugas di PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ariana tidak pandai menggunakan MS Word untuk menaip pada tahap asas. Dia tidak tahu fungsi-fungsi yang ada pada MS Word.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ariana telah belajar kemahiran untuk menggunakan MS Word dan pengetahuan beliau terhadap fungsi-fungsi yang terdapat dalam MS ditambaik. Beliau kini lebih mudah menggunakan komputer sendiri di rumah  dan lebih mudah membuat dan menyiapkan kerja sekolah beliau di rumah. Tambahan pula  dengan pandemik yang melanda negara. Keperluan pelajar sekarang belajar di rumah menggunakan komputer dan telefon bimbit.
Ariana lebih mudah mengakses semua laman web yang diperlukan.

Apa yang dipelajari melalui PI

    • Memberi pengajaran mengenai setiap fungsi-fungsi dalam MS Office.
    • Menunjuk cara bagaimana menggunakan fungsi-fungsi asas MS Office dengan betul
    • Nasihat untuk penjagaan komputer yang baik.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI membantu dalam menambah pengetahuan tentang penggunaan MS word dengan baik.