Pusat Internet (PI) Felda Pemanis 2 mengucapkan Selamat Datang dan jutaan  terima kasih kepada anda semua kerana sudi melawat portal kami. Pusat Internet  ini merupakan program yang telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd (TM Bhd) dan MSD Digital Intelligence. PI Felda Pemanis 2 telah beroperasi selama 7 tahun. Program ini adalah bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat serta mendedahkan kepada masyarakat mengenai kepentingan ICT dalam kehidupan seharian bagi meningkatkan taraf hidup komuniti setempat.

WhatsApp Image 2017-05-11 at 10.19.12 1

Pusat Internet  Felda Pemanis 2 terletak di bangunan balairaya Felda Pemanis 2 bersebelahan dengan padang awam Felda Pemanis 2.Pusat Internet  Felda Pemanis 2 menyediakan latihan ICT secara percuma khasnya kepada Ahli Pusat Internet sahaja.

Latihan tersebut merangkumi :

* Pengenalan Perkakasan Komputer
* Pengenalan Asas Internet
* Pengenalan kepada Aplikasi Elektronik ( e-kerajaan , e- pembelajaran dan e- dagang)
* Desktop Publishing ( Microsoft Word, Microsoft Excel , Microsoft PowerPoint)

Objektif Pusat Internet (PI) :

  • * Memberi  kemudahan  capaian  internet  kepada  komuniti  setempat.
  • * Memberi  pendedahan  kepada  masyarakat  setempat  tentang  teknologi  komputer  dan  Internet.
  • * Meningkatkan  taraf  ekonomi  dan  sosial  masyarakat  melalui  kemudahan  yang  disediakan  dan  aktiviti  yang  dijalankan  di      PUSAT  INTERNET.
  • * Merapatkan  jurang  digital  antara  masyarakat  bandar  dan  luar  bandar  selaras  dengan  matlamat  kerajaan.
  • * Meningkatkan  kadar  penembusan  jalur  lebar  selaras  dengan  Pelan  Jalur  Lebar  Kebangsaan.

Perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet : 

  • * Mencetak dokumen (printing)
  • * Mengimbas (scanning).Fotostat
  • * Laminasi(Laminating)
  • * Menjilid (binding)
  • * Zon Internet tanpa wayar (Wi Fi zone.)

 

WAKTU BEROPERASI :

Pusat Internet Dibuka Setiap Hari Kecuali Cuti Umum

Waktu Operasi   

 9.00 pagi – 1.00 ptg

( Sabtu Hingga Khamis)   

 2.00 petang - 6.00 petang

(Sabtu Hingga Khamis)

 9.00 pagi - 12.30 tghri

(Jumaat)

 2.30 petang - 6.00 petang

(Jumaat)

     

REHAT

1.00 petang - 2.00 petang (Sabtu - khamis )

12.30 tghri – 2.30 petang (Jumaat)