Tarikh  : 9 Oktober 2020 
Masa   : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 3 Orang 

Tujuan :

    • Multimedia – Suntingan Imej - Basic Drawing (MS Paint)

      • Kelas ini diadakan untuk pelajar sekolah rendah yang gemar menyertai setiap kelas yang diadakan di Pusat Internet Komuniti. Mereka telah didedahkan dengan penggunaan Adobe Photoshop. Namun bagi mengasah semula apa yang telah mereka pelajari , petugas menggunakan alternatif penggunaan MS Paint yang merupakan lebih mudah untuk pelajar sekolah rendah berlatih sendiri sehingga mahir setelah mereka mempelajari cara melukis atau menghasilkan gambar menggunakan MS Paint. Kelas ini juga bertujuan bagi membimbing bagaimana menyunting lukisan bersama pelajar sekolah rendah serta menggalakkan pelajar mampu membuat lukisan yang baik melalui software MS Paint. Kelas ini juga menarik pelajar agar sentiasa datang belajar di Pusat Internet serta mampu melahirkan pelajar yang celik IT. Ia akan menjadikan pelajar sekolah lebih kenal dan berminat membuat suntingan lukisan dengan baik dan kreatif dan akhirnya pelajar dapat membuat lukisan sendiri di masa akan datang

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dilakukan adalah : 

  • > Membuat penyediaan modul tentang jenis perisian, lukisan dan jenis file lukisan.
  • > Memperkenalkan fungsi-fungsi dalam MS Paint
  • > Membuat suntingan pada lampiran putih, dengan pelbagai teknik seperti jenis garis, warna, padaman dan tampalan
    • > Memberi pengajaran mengenai setiap fungsi-fungsi dalam MS Paint
    • > Menunjuk cara bagaimana menyunting dan menyimpan lukisan mengikut format yang sesuai
    > Sesi bimbingan dan soal jawab

Gambar Disini