Tarikh  : 20 November 2020 
Masa   : 2.30 Petang - 5.30 Petang
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 1 Orang 

Tujuan :

    • Latihan Keusahawanan : Media Sosial - Membuat Page FB

        • Latihan ini diberikan kepada seorang mahasiswa UITM yang mendapatkan pendapatan sampingan dengan berniaga secara online. Latihan ini menggalakkan usahawan tempatan datang ke pusat internet selalu kerana mereka boleh mendapatkan ilmu secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran atau cas tambahan. Latihan ini juga memberi ilmu ICT kepada usahawan untuk membuat Page Produk/Kedai dalam Facebook serta memperluaskan cara pemasaran kepada usahawan dalam perniagaan. Ia juga dapat melahirkan usahawan yang celik IT dengan cara usahawan dapat menggunakan Facebook untuk membuat promosi kedai dan produk perniagaan dengan berkesan.
      • Aktiviti :
    • Antara input dan aktiviti sepanjang latihan ialah membuat penyediaan modul tentang fungsi dan kepentingan Page FB, membuat page dan pengenalan kedai dengan contoh daripada page Fb lain namun mengikut kreativiti usahawan, memberi pengajaran mengenai setiap fungsi-fungsi dalam Page Facebook, menunjukkan contoh Page Facebook kedai lain, memberi pendedahan bagaimana memuat naik gambar dan video dalam page Facebook, dan pengisian mengenai Advokasi KDB serta menggalakkan menggunakan Dashboard MyShop.

 

Gambar Disini