Tarikh  : 26 November 2020 
Masa   : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 1 Orang 

 

Tujuan :

    • E-Pembelajaran : E-Pembelajaran  - Tutorial (Sesi Guide - #TAG4Future Virtual - Unleash Your Potential Skills)

      • TAG4Future merupakan sebuah program oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis yang telah bekerjasama dengan Impact Malaysia. Sebuah program yang berteraskan pendidikan dan telah melibatkan hampir 30 sukarelawan yang mengajar secara percuma. Terdapat 2 sasaran untuk program ini iaitu pelajar yang akan menghadapi SPM tahun 2020 dan laluan lepasan SPM. Sesi tutor percuma diberikan kepada pelajar SPM. Manakala untuk lepasan SPM, sesi mock interview dan persiapan resume yang diberikan secara percuma oleh Pengurus Kes, PERKESO. Untuk sesi ini, mereka diberi ilmu tentang perkenalan dengan NLP iaitu satu sasaran secara realistik untuk diri sendiri. Selain itu, membuat Taklimat Bimbingan Motivasi secara Online kepada semua pelajar sekolah menengah yang pernah menyertai program tuisyen di dalam mahupun di luar pusat internet bimbingan pasukan persatuan Belia G2 dan Pusat Internet Felda Pemanis 2. Memberi galakkan, semangat dan tunjuk ajar bagaimana untuk belajar dengan berkesan. Menggalakkan pelajar sekolah berminat belajar di Pusat Internet. Dalam kutipan tontonan live streaming, terdapat lebih 30 orang menonton secara live dan hampir cecah 100 penonton sehingga ke akhir sesi. Melahirkan penceramah yang celik IT. Menggalakkan promosi PIK sebagai Hab pendidikan digital. Pelajar berminat untuk datang belajar di Pusat Internet.

      • Aktiviti :
      • Aktiviti yang dilakukan ialah membuat penyediaan tentang setup Google Meet dan Video Facebook Live, membuat live streaming daripada Bilik Latihan Pusat Internet, memberi pengajaran mengenai setiap fungsi-fungsi dalam FB Live dan Google Meet, membuat setting video recording yang betul dan berkesan, sesi bimbingan dan soal jawab juga di akhir sesi mengadakan Kempen MyDashboard Komuniti dan Kempen KitaJagaKita.

Gambar Disini