Tarikh  : 19 Disember 2020 
Masa   : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 2 Orang 

Tujuan :

      • Kelas latihan asas menaip telah diadakan kepada 2 orang ahli Pusat Internet Komuniti Felda Pemanis 2 iaitu Anis Nor Mazlin Bt Mohd Hafiz dan Muhammad Hyaikal Hazziq Bin Gatimin yang masing-masing berumur 5 tahun dan 6 tahun pada tahun 2021. Dalam mendepani situasi pandemik Covid-19 yang berada d seluruh dunia juga Malaysia. Pelajar sekolah terjejas dan agak ketinggalan kerana tidak mendapat didikan di rumah. Kelas ini diadakan agar dapat mendidik pelajar membuat cerita ringkas melalui MS Word, menggalakkan pelajar menggunakan ICT untuk perkara berfaedah, dan secara  tak langsung akan menarik pelajar untuk selalu datang ke Pusat Internet. Ia juga dapat menambah ilmu sastera dan ict di kalangan pelajar, menggalakkan pelajar meluahkan idea melalui karya yang bersesuaian dengan umur mereka kerana silibus pembelajaran sekarang sedang berada di aras yang tinggi. Sekali lagi dapat menambah minat belajar di Pusat Internet. Mereka juga diberi tunjuk ajar menggunakan contoh karya dan daripada internet dan melaksanakan karya daripada idea pelajar melalui MS Word. Pada penghujung kelas semestinya ada sesi soal jawab, bimbingan dan huraian.
      • Aktiviti :
        • Antara aktiviti yang dijalankan bersama ialah sesi pencerahan mengenai contoh ayat dan cara menaip dengan MS Word, membimbing dan memberi idea untuk membuat karya menarik, huraian soalan dan jawapan melalui website serta pengisian mengenai Advokasi KDB – Sebenarnya.my

Gambar Disini