Tarikh  : 17 Disember 2020 
Masa   : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 1 Orang 

Tujuan :

      • Kelas Latihan Keusahawan sering diadakan di Pusat Internet Komuniti Felda Pemanis 2 dan kali ini bersama seorang anak muda bernama Akmal Asyraf Bin Ab Jamal. Ia bagi menggalakkan usahawan tempatan datang ke pusat internet kerana tenaga pengajar daripada PIK dapat memberi ilmu ICT kepada usahawan untuk mengisi kewajipan Borang cukai LHDN secara online serta melahirkan usahawan yang celik IT. Ia amat berfaedah untuk usahawan kerana usahawan dapat menggunakan web LHDN untuk mengisi borang cukai tanpa perlu ke pejabat LHDN lebih-lebih lagi atas sebab pematuhan SOP yang ketat pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Usahawan berminat untuk datang belajar di Pusat Internet selalu kerana pengajar memberi pengajaran mengenai setiap fungsi-fungsi dalam website LHDN, menunjukkan panduan kaedah pengisian borang dari portal lain serta memberi pendedahan bagaimana mengisi boring e-Filing. Selain itu terdapat aktiviti samping iaitu sesi bimbingan dan soal jawab, pengisian mengenai Advokasi KDB, dan mengalakkan menggunakan Dashboard MyShopdalam menjalankan kerja-kerja pemasaran dan keusahawan demi perniagaan mereka.
      • Aktiviti :
        • - Membuat penyediaan modul tentang fungsi dan kepentingan website LHDN
        - Membuat pendaftaran dan pengisian boring e-Filing secara online dalam portal LHDN

Gambar Disini