Tarikh  : 24 FEBRUARI 2021
Masa   : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat  : PI Felda Pemanis 2 
Peserta  : 5 Orang 

 

Tujuan :

        • Kelas asas berkaitan fotografi kini lebih menjadi perhatian daripada remaja. Zaman mereka yang penuh dengan gadget dan digital membuatkan mereka lebih kreatif dan berbakat dengan dunia fotografi. Kelas ini disampaikan oleh guru Sekolah Menengah Kebangsaan Pemanis dimana beliau merupakan guru ICT dan Seni di sekolah itu. Kelas ini juga diadakan bagi menggalakkan pelajar berkemahiran menggunakan kamera telefon dan camera DSLR serta membina bakat fotografi. Kelas-kelas menarik sebegini juga dapat menambah minat para pelajar untuk belajar perkakas ICT di Pusat Internet agar pengetahuan mereka dapat dikembangkan lagi. Ia juga dapat melahirkan pelajar berkemahiran fotografi dan multimedia. Tujuan PI dapat dicapai apabila pelajar berminat untuk belajar di Pusat Internet.
      • Aktiviti :
          • Sebelum kelas diadakan, petugas akan membuat modul pembelajaran fotografi yang sesuai. Setelah itu baru petugas akan melaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran. Petugas juga menggunakan kaedah latihan amali. Sesi pengajaran tentang asas seni fotografi. Latihan amali dan praktikal menggunakan kamera telefon bimbit peserta di dalam dan luar PIK. Kelas diakhiri dengan sesi soal-jawab dan tayangan video KDB.

Gambar Disini