USAHAWAN BAKERY 

 Nama   : Pn Suhaila Binti Mohd Nor 
 Umur   : 34 Tahun
 Ahli   : September 2013

 

Latar belakang

Puan Suhaila memulakan perniagaan pada awal tahun 2018. Pada awalnya sekadar mengisi masa lapang dan permintaan anak-anak sekarang menjadi punca pendapatan utama keluarga beliau. Puan Suhaila berkemahiran membuat pelbagai jenis roti seperti pizza mini, bun sosej, roti bergula dan banyak lagi. Puan suhaila mempromosikan produk melalui whatsapp, laman social facebook serta myshop dashboard komuniti. Beliau juga sering menggunakan Pusat Internet untuk tujuan promosi dan mengikuti kelas keusahawanan yang dijalankan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300– RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini telah memiliki page facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau kini telah meluas ke luar kawasan Segamat. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM700.

Gambar disini