USAHAWAN MAKANAN 

Nama : Pn Anizah Mohamed 
Umur  : 50 Tahun 
Ahli   : 2011 

 

Latar belakang

Puan Anizah memulakan perniagaan pada januari 2019, memulakan perniagaan dengan menghantar makanan dari rumah ke rumah yang dipesan melalui laman social facebook dan whatsapp.Sering hadir ke PI untuk mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan. Menggunakan Myshop untuk mengiklankan produk keluaran beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini telah memiliki Page facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk keluaran beliau. Pelanggan beliau dari sekitar Felda Pemanis serta kawasan Segamat semakin meningkat. Pendapatan bulanan beliau juga meningkat sekitar RM500 – RM700 sebulan.