USAHAWAN PERKHIDMATAN FOTOSTAT, BINDING, SERTA MENCETAK KAD JEMPUTAN & BANNER

Nama  : Pn Salina Binti Surip 
Umur    : 45 Tahun
Ahli  : 2014 

 

Latar belakang

Puan Salina memulakan perniagaan pada tahun 2016, bermula dengan niat untuk memudahkan komuniti setempat mendapatkan perkhidmatan fotostat serta perkhidmatan kad jemputan beliau membuka perniagaan tersebut pada januari 2016. Beliau juga sering hadir ke Pusat Internet Felda Pemanis 2 untuk menggunakan internet dan mengiklankan perniagaan beliau melalui laman social ‘facebook’. Disamping itu juga mendapat penerangan dari petugas berkaitan aplikasi Myshop Dashboard komuniti. Beliau juga sering hadir ke PI untuk mengikuti Kelas Adobe Photoshop ( Kad Jemputan) yang dianjurkan di PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan kedai cetakan beliau. Pelanggan beliau dari penduduk setempat sangat menggalakan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000.

Gambar disini