USAHAWAN KATERING MAKANAN 

Nama  : Mira Binti Husin  
Umur   : 36 Tahun  
Ahli   : 2018 

 

Latar belakang

Puan Mira memulakan perniagaan pada tahun 2017,bermula dengan minat dan hobi memasak beliau sering menerima tempahan dari komuniti di kawasan kampung. Beliau juga sering hadir ke Pusat Internet Felda Pemanis 2 untuk menggunakan internet dan mengiklankan perniagaan beliau melalui laman social ‘facebook’. Disamping itu juga mendapat penerangan dari petugas berkaitan aplikasi Myshop Dashboard Komuniti. Beliau juga sering mengikuti kelas serta program yang dianjurkan di pi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan katering beliau Pelanggan beliau dari penduduk setempat dan luar Felda Pemanis juga sangat menggalakan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000.