PEMBELAJARAN DALAM TALIAN, MENAIP & MENCETAK

Nama   : Farish Hayyan Bin Mohd Hakim 
Umur   : 11 Tahun 
Ahli   : Mei 2018 

 

Latar belakang

Adik Farish Hayyan merupakan seorang pelajar yang cepat belajar, beliau sering hadir ke PI untuk mengikuti pelbagai kelas yang dianjurkan di PI seperti kelas asas microsoft, kelas membuat poster, bengkel ICT, Advokasi KDB dan hari bersama komuniti. Adik Farish juga sering hadir ke PI untuk membuat kerja kursus yang diberikan oleh guru dan menggunakan semua perkhidmatan di PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI adik Farish sangat lemah dalam penguasan tetikus dan sering meminta bantuan petugas untuk menggunakan komputer. Penguasaan internet juga lemah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer yang dianjurkan oleh PI adik farish kini lebih mahir menaip dan segala tugasan sekolah dapat disiapkan tanpa bantuan petugas.Penguasaan internet juga semakin baik.