USAHAWAN JAHITAN 

Nama  : Safriani Bt Jony 
Umur  : 45 Tahun 
Ahli   : 2008

 

Latar belakang

Puan Safriani memulakan perniagaan pada tahun 2010, beliau merupakan seorang ibu tunggal yang perlu menyara dua org anak. Bermula dengan minat dalam bidang jahitan, mengikuti kelas jahitan di KEMAS, Giat Mara dan Kolej Komuniti beliau mula mengambil tempahan secara kecil kecilan dari kalangan jiran tetangga sahaja. Beliau juga sering hadir ke Pusat Internet Felda Pemanis 2 untuk menggunakan internet dan mengiklankan perniagaan beliau melalui laman social ‘facebook’. Disamping itu juga mendapat penerangan dari petugas berkaitan aplikasi Myshop Dashboard Komuniti. Beliau juga sering mengikuti kelas serta program yang dianjurkan di pi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan jahitan beliau Pelanggan beliau dari penduduk setempat dan luar Felda Pemanis juga sangat menggalakan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000.