Nama   : NAWAR BIN MUHAMAD
Umur   : 29 Tahun 
Ahli   : 2011


Latar belakang

Encik Nawar merupakan salah seorang usahawan di Felda Pemanis 2. Beliau mengusahakan perniagaan bernama Kopi Tenang Malaya. Bermula dari tahun 2020 dengan hanya kuantiti kecil yang beliau hasilkan. Beliau mengusahakan perniagaan ini dikawasan rumah mereka sendiri. Beliau juga merupakan anak jati Felda Pemanis.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau banyak mengikuti kelas di PI, beliau hanya dapat menjual sekitar 1000 paket kopi sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini berjaya membina banner iklan  yang dapat mempromosikan jualan beliau. Beliau telah mencipta page facebook dan berjaya mendapatkan data trafik yang baik untuk pemasaran produk beliau. Pelanggan beliau dari sekitar Felda Pemanis serta kawasan Segamat semakin meningkat. Pendapatan bulanan beliau juga meningkat sekitar RM2,000 – RM2,500 sebulan.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan barangan , pengiraan untung/ rugi dan mempelajari cara penghasilan produk dengan baik melalui FB dan sebarang website.

     

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI membantu mempromosikan produk, memberi kelas tambahan malah video tentang perniagaan saya menjadi viral melalui PI