NAMA MUHAMMAD SHAH RIZAL BIN MUHD RAZIF
     
Tempat  PEDI Pemanis 2

 

Latar belakang

 

Shah Rizal merupakan seorang kanak-kanak hiperaktif dan sering berkunjung di Pusat Ekonomi Digital Felda Pemanis 2. Akan tetapi masanya sering dihabiskan dengan hanya menonton YouTube selain bermain dengani rakan-rakannya. Rizal tidak mempunyai komputer di rumah apatah lagi telefon bimbit. Kurangnya kemudahan ICT di rumah membuat Shah Rizal datang ke PEDI untuk belajar ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI

Sebelum penglibatan di PEDI, Shah Rizal tidak mempunyai pengetahuan apa-apa mengenai komputer dan internet. Beliau hanya melihat rakan-rakan menggunakan komputer dan perlahan-lahan berjinak mula mencuba menggunakan. Petugas maklum akan perkara tersebut lantas memberikannya sepenuh perhatian dan tunjuk ajar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas asas komputer yang dianjurkan oleh PEDi, Shah Rizal semakin kenal dengan komputer dan mahir menggunakan internet. Kini beliau mampu menggunakan komputer, menaip dengan baik dan membuat suntingan asas gambar. Beliau kini semakin aktif dalam setiap aktiviti yang PEDI jalankan.

Shah Rizal