Mee Goreng Pemanis 

Di kawasan Felda Pemanis 2 terdapat satu kedai makan yang sangat popular dikalangan penduduk di kawasan ini iaitu kedai Pak Mahat yang terletak berhampiran dengan Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis 2.

Menu yang sangat popular di kedai ini ialah Mee Goreng Mamak Special, dengan harga yang amat berpatutan dengan rasa yang cukup enak hanya RM 4.00 sepinggan.

Kepada mereka yang datang ke kawasan Felda Pemanis 2,pasti akan merasa rugi jika tidak mencuba menu ini.