USAHAWAN BAIKI TELEFON 

Nama : Azhairil Bin Abd Aziz 
Umur : 39 Tahun 
Ahli  : 2019 

 

Latar belakang

En Azhairil menjalankan perkhidmatan membaiki telefon bimbit bermula pada tahun 2017, beliau mengikuti kursus membaiki telefon bimbit yang pernah dianjurkan Pusat Internet pada Jun 2016 dan terus menjalankan perkhidmatan ini untuk kegunaan komuniti setempat. En Azhairil juga turut menjual produk berasaskan barang-barang elektronik.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan dan bengkel membaiki telefon yang dianjurkan di PI, beliau kini telah memiliki Page facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk keluaran beliau. Pelanggan beliau dari sekitar Felda Pemanis serta kawasan Segamat semakin meningkat. Pendapatan bulanan beliau juga meningkat sekitar RM500 – RM700 sebulan.

 

  

  

USAHAWAN JAHITAN 

Nama  : Safriani Bt Jony 
Umur  : 45 Tahun 
Ahli   : 2008

 

Latar belakang

Puan Safriani memulakan perniagaan pada tahun 2010, beliau merupakan seorang ibu tunggal yang perlu menyara dua org anak. Bermula dengan minat dalam bidang jahitan, mengikuti kelas jahitan di KEMAS, Giat Mara dan Kolej Komuniti beliau mula mengambil tempahan secara kecil kecilan dari kalangan jiran tetangga sahaja. Beliau juga sering hadir ke Pusat Internet Felda Pemanis 2 untuk menggunakan internet dan mengiklankan perniagaan beliau melalui laman social ‘facebook’. Disamping itu juga mendapat penerangan dari petugas berkaitan aplikasi Myshop Dashboard Komuniti. Beliau juga sering mengikuti kelas serta program yang dianjurkan di pi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan jahitan beliau Pelanggan beliau dari penduduk setempat dan luar Felda Pemanis juga sangat menggalakan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000.

  

  

USAHAWAN KATERING MAKANAN 

Nama  : Mira Binti Husin  
Umur   : 36 Tahun  
Ahli   : 2018 

 

Latar belakang

Puan Mira memulakan perniagaan pada tahun 2017,bermula dengan minat dan hobi memasak beliau sering menerima tempahan dari komuniti di kawasan kampung. Beliau juga sering hadir ke Pusat Internet Felda Pemanis 2 untuk menggunakan internet dan mengiklankan perniagaan beliau melalui laman social ‘facebook’. Disamping itu juga mendapat penerangan dari petugas berkaitan aplikasi Myshop Dashboard Komuniti. Beliau juga sering mengikuti kelas serta program yang dianjurkan di pi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan katering beliau Pelanggan beliau dari penduduk setempat dan luar Felda Pemanis juga sangat menggalakan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000.

 

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN, MENAIP & MENCETAK

Nama   : Farish Hayyan Bin Mohd Hakim 
Umur   : 11 Tahun 
Ahli   : Mei 2018 

 

Latar belakang

Adik Farish Hayyan merupakan seorang pelajar yang cepat belajar, beliau sering hadir ke PI untuk mengikuti pelbagai kelas yang dianjurkan di PI seperti kelas asas microsoft, kelas membuat poster, bengkel ICT, Advokasi KDB dan hari bersama komuniti. Adik Farish juga sering hadir ke PI untuk membuat kerja kursus yang diberikan oleh guru dan menggunakan semua perkhidmatan di PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI adik Farish sangat lemah dalam penguasan tetikus dan sering meminta bantuan petugas untuk menggunakan komputer. Penguasaan internet juga lemah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer yang dianjurkan oleh PI adik farish kini lebih mahir menaip dan segala tugasan sekolah dapat disiapkan tanpa bantuan petugas.Penguasaan internet juga semakin baik.

       


USAHAWAN PERKHIDMATAN FOTOSTAT, BINDING, SERTA MENCETAK KAD JEMPUTAN & BANNER

Nama  : Pn Salina Binti Surip 
Umur    : 45 Tahun
Ahli  : 2014 

 

Latar belakang

Puan Salina memulakan perniagaan pada tahun 2016, bermula dengan niat untuk memudahkan komuniti setempat mendapatkan perkhidmatan fotostat serta perkhidmatan kad jemputan beliau membuka perniagaan tersebut pada januari 2016. Beliau juga sering hadir ke Pusat Internet Felda Pemanis 2 untuk menggunakan internet dan mengiklankan perniagaan beliau melalui laman social ‘facebook’. Disamping itu juga mendapat penerangan dari petugas berkaitan aplikasi Myshop Dashboard komuniti. Beliau juga sering hadir ke PI untuk mengikuti Kelas Adobe Photoshop ( Kad Jemputan) yang dianjurkan di PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Pemanis 2, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan kedai cetakan beliau. Pelanggan beliau dari penduduk setempat sangat menggalakan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000.

Gambar disini